DOA SEMPENA PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL
PERSEKOLAHAN 2013
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على أشرف
الأنبياء والمرسلين , وعلى ءاله وصحبه أجمعين .
اللهم إنا نسألك سلامة في الدين , وعافية في الجسد ,
وزيادة في العلم , وبركة في الرزق , وتوبة قبل الموت , ورحمة عند الموت , ومغفرة
بعد الموت .
Ya Allah… di hari
yang indah ini ini,kami menadah tangan kehambaan memohon kepada-Mu,ampunilah
dosa-dosa kami,kedua ibu bapa,kaum keluarga dan guru-guru kami juga muslimin
dan muslimat,mu'minin dan mu'minat samada yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia.
Ya Allahu Ya
Rahman…doa dititip dan dipanjat,hati penuh mengharap dan bermunajat,mohon
program yang dirancang beroleh berkat,semua pihak yang terlibat menjayakan
program ini beroleh rahmat,suasana yang tenang lagi ceria mewarnai dari awal
hingga tamat,Segala kenangan indah kekal tersemat,segala kesedihan dan
kemurungan kian terubat.Semoga dengan program yang dirancang dapat melahirkan
ukhuwwah dan tali persaudaraan yang erat,semangat perpaduan dan kerjasama yang
kukuh dan kuat dalam melahirkan umat dan negara yang berkualiti dan hebat,kekal
sehingga hari kiamat.
Ya Allahu Ya
Rahim… berbekalkan limpahan rahmat-Mu yang tidak terhingga,bernaungkan izzah
dan qudrah-Mu yang maha kuasa,berpandukan wahyu dan syariat-Mu yang sempurna ,sesungguhnya kami terus menjalani kehidupan
yang tenang lagi selesa,dikurniakan keluarga sakinah lagi bahagia serta dimurnikan
dengan masyarakat dan negara yang aman sentosa .Bersempena dengan program
bantuan yang penuh bersejarah ini,kami merafa’kan kesyukuran ke hadrat-Mu atas
segala rezeki yang telah Engkau curah dan takdirkan.Semoga bantuan yang diberi
kepada Insan yang memerlukan ini dapat menampung segala kekurangan, ,membangkitkan
kegembiraan,mengurangkan beban dan tekanan serta menzahirkan segala kesyukuran buat-Mu tuhan
yang maha mendengar segala rintihan dan memperkenankan setiap permintaan.
Ya Allahu Ya Aziz… Ibu
pertiwi yang kami cintai ini telah dibentuk diperintah,dihiasi dengan amalan
Islami yang indah,diharmonikan dengan penduduk berbilang bangsa yang punyai
pelbagai budaya nan meriah,dimajukan dengan pembangunan dan ekonomi yang pesat
bak cendawan tumbuh di tanah basah serta berprinsipkan pentadbiran adil dan
wasatiyyah.Kami pinta agar pemimpin negara yang memikul amanah sentiasa saksama
dalam memerintah,mengutamakan kebajikan rakyat yang senang mahupun
susah,menguntumkan senyuman ketika tenang mahupun resah dan sentiasa cekap dan
bijak menggapai wawasan agar masa depan negara sentiasa cerah.Semoga negara
tercinta ini kekal merdeka ke akhir hayat,pemimpin dan kerajaan memerintah
berlandaskan undang-undang dan syariat,serta rakyat dan umat sentiasa
bekerjasama dan bersatu tanpa mengira bangsa,agama mahupun pangkat
Ya Allahu Ya Karim…kami
mengharap agar payung nikmat-Mu sentiasa menaungi,lapangkanlah pintu-pintu
rezeki yang bertebaran di langit dan melata di bumi.Semoga kehidupan kami bahagia
bak sinaran mentari,kesenangan yang dinikmati bakal dikongsi dan kehidupan di
atas dunia menjadi nadi dalam mencari haruman syurgawi yang kekal abadi.
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة , وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب
النار ,وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وبارك وسلم , سبحان ربك رب العزة
عما يصفون , وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment